JOM RAMAI2 FOLLOW....

Ads

Cerita keluarga kami....

My photo
kami sebuah keluarga yg bahagia sangat terutama dengan kehadiran Buah Hati kami yg kami tunggu selama ini.. Harapan Ayah & Ummi..moga Farish jadi anak yg berguna & berjaya di masa hadapan..& menjadi Anak yg Soleh..Insya Allah.

Tuesday, June 7, 2011

Demam NORA ELENA

Rasenyer semua org skrg tgh demam NORA ELENA...
tp x tau ler....aku rasa..aku dah demam teruks ngan NORA ELENA nie
punyerlah penangan si Seth a.k.a Aaron Aziz yg amatlah lomantik....sampai x lena tido mlm dibuatnyer...
tp kat ofis nie gak....ramai yg kene demam Nora Elena nie...yg perempuan gileskan Seth...
yg lelaki gileskan Nora...aduyai..



nielah kero & heroin citer tu yg mantap sgt2.....
mmg bagus lakonan doarang ber2 nie
rasa lekat dihati
lagik2 adegan lomantik...
suker sgt2



Bila dah start citer nie pupular kat TV...
aper lagik..buku yg diadaptasi dr citer nie KASIH YANG SUCI laku dipasaran
aku sampai cari 1 melaka, buku nie dah hbs...
siap booking lagik kat popular book
sebenarnyer buku nie dah ader sebelum nie, tp tah mana aku letak...
kerana Nora Elena..aku gi lah beli lagik sekali

nie part2 lomantik dorang dpt citer tu....




 

Monday, June 6, 2011

i'm Back.......


Wahhhhhh...lama bebenor ai meninggal blog nie...bukan bersawang lagik dah,....
dah tengelam terus ngan lalang sampai x nampak dah blog nie
kekangan keje yg amat kritikal x sempat aku nk update blog nie
dahlah blog x secanggih org....pastu kemain payah nk update...
Insya Allah....start hr nie..aku try akan update hr2 wpun x sekerap dulu....
keje yg macam gung ledang buatkan akux sempat nk update & nk jengah blog sendiri pun x sempat
ader lah seorg dua ( ader gak peminat ai...perasan...uwekkkkk).hhheheh..tanya kenper lama x upate....heheheh
last kalau x salah aku update 18 mac 2011...tpx lama lah..sbb x menjangkau next year..hehehehe





Friday, March 18, 2011

IRMA HASMIE BERTUDUNG..ALHAMDULILLAH..TOMEY SANGAT

Mesti ramai dah tahu yg irma hasmie nie dah bertudung ekk
tp suker sgt tgk dia bertudung...comey sgt2...
Alhamdulillah..moga lebih ramai lagik astis2 bertudung...
sebenarnyer dorang nie lagik cantik bertudung dr seksi meksi x tentu hala tu






Monday, February 28, 2011

Tragedi 26/02/2011..paling menyayat hati...

Pagi sabtu kol 7.30pg terima panggilan telefon dr officemate yg menyatakan kawan ofis aku excident kat Jementah Segamat, johor. Mereka sekeluarga otw nak balik kg kat Felda Keratong, Pahang.

Mereka sekeluarga excident ngan lori pukul 2.30 pg...

Nielah tragedi yang membuatkan aku & rakan2 ofis sedey sgt2 & x leh terima bila kedua-dua anak ita meninggal dunia dalam kemalangan tersebut. Anak yg pertama farhan, 5 thn & yg ke2 Naufal baru berusia 5 bulan. Ita cedera parah, masih berasa di ICU Hospital Johor & Husbandnya patah kaki & tangan dan skrg nie berada di Hospital Melaka

Mohon muslimin & muslimat mendoakan utk kawan saya (Noorzalita, pn.akauntan bendahari UTeM) akan keselamatannya yg berada dlm keadaan kritikal di ICU JB . Alfatihah utk kedua2 anaknya yg telah meninggal dunia dlm kmlgn.Suaminya tlh sedar namun masih tdk tahu keadaan sebenar & akan menjalani pembedahan kaki yg cedera parah.Keadaan ita masih masih belum sedar..baru saja menjalani pembedahan hati n limpa... ;( & hari nie sekali lagik akan menjalani pembedahan. Moga ita selamat..Insya Allah.


nielah keadaan kete satria neo yg terbabit dlm kemalangan tu





nielah kedaan ita skrg....


Thursday, February 10, 2011

lambat betul update...hehehehh..Cuti CNY part 1 (03022011)

Dah lama tol x update blog...sbb terlampau lah bz sgt lately nie
nie ader masa sikit...dpt2 lah mencuri2 nk update..
tp x leh lah nk tulis panjang2....
juz letak gmbr2 je lah...
yg x menahan tu...siap ader part2 2...
cuti raya kali nie xder lah berjalan sgt, sbb my hubby keje
hari pertama cuti...pagi2 dah hantar hubby gi keje
pastu dia call, dia kata family In law akk gi piknik...
aduyai...x tau nk masak aper..sbb x kuar gi shoping
jadi bawak badan jer lah....sorry..ehehe..
sbb kalau last1 minute nie mmg x sempat nk masak2 nie

jadi dalam kol 4 lebih....kali semua gi piknik...
x jauh mana pun...
kat pengkalan balak jer,.,.,.
dapatlah rehat2 kan diri & minda....
tp hari tu panas sgt2....seb baik angin2 sepoi bahasa kat pantai
membuatkan mataku kemainlah mengantuk

okeylah...layan2 ler gmbr yg x seberapa nie.....'










Tuesday, January 25, 2011

Akhirnyer..terputus jua Fasha & jejai



KINI HANYA KENANGAN...Fasha dan Jejai ketika menjalin hubungan.

KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama mengambil sikap tunggu dan lihat, Rizal Ashram Ramli, 34, atau Jejai semalam mengesahkan hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu.

“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.

Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.

Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.

Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.

“Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis.

“Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya.

Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan.

“Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” katanya.

Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu.
Related Posts with Thumbnails