JOM RAMAI2 FOLLOW....

Ads

Cerita keluarga kami....

My photo
kami sebuah keluarga yg bahagia sangat terutama dengan kehadiran Buah Hati kami yg kami tunggu selama ini.. Harapan Ayah & Ummi..moga Farish jadi anak yg berguna & berjaya di masa hadapan..& menjadi Anak yg Soleh..Insya Allah.

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA
Maaf Zahir & Batin
dr AFISHAMAYA
Kami sekeluarga menyusun sepuluh jari memohon maaf jika kami ader terkasar bahasa, tersinggung kata, terlebih kata samada kami sedar atau tidak sedar sehingga mnyentuh, menyingung dan menguris perasaan semua.
Dengan tangan terbuka kami menjemput semua sudilah kiranyer ke teratak burok kami di hari raya ini..
Moga hari raya kali ini memberi keceriaan & kegembiraan pada semua.

Takziah, Diddy

Takziah buat diddy hirdy di atas pemergian Ayahanda tercinta ke rahmatullah selepas magrib td (16/09/2009).
Semoga roh Allayarham dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Kami sekeluarga & dr Casa berharap moga Diddy & Keluarga tabah terima dugaan dr Allah ini.

Wednesday, September 9, 2009

Majlis Berbuka & Hari LAhir Farish yg Pertama


Majlis nie sebenarnya dah buat pd 05/09/2009, awal dr tarikh sebenar birthday farish.....tarikh sebenarnyer 08/09/2009 pada hr rabu.Majlis nie adakan lebih awal memandangkan hari lahir farish jatuh pd hari bekerja.Alhamdullilah majlis tu berjalan ngan lancar wpun hanya family dan suadara mara yg terdekat sahaja dtg..tetap meriah wpun hanya satu majlis yg simple. Ada jugak ajak kawan2, tp faham memandangkan majlis ini bulan puasa agak sukar utk diorg menghadirkan diri....
Alhamdullilah....anak ummi dah 1 thn bulan nie. Pejam celik pejam celik kejab jer dah besar anak ummi & ayah nie...rasa macam br semalam ummi melahirkan dia....
Harapan kami ber2, moga farish menjadi anak yg soleh & berjaya dia masa akan dtg..inilah permata hati kami yg kami nantikan selama 4 thn.
Alhamdullilah....farish dah pandai berjalan sekarang...dah makin lasak....hbs satu umah di rayaunyer...x boleh nk duduk diam..celik jer masa terus berjalan jer...
Farish dah start berjalan sejak umur 10 bulan lagi.
Gigi tetap sama..4 btg..2 atas & 2 kat bawah....
mulut tetap becok cam mulut ummi dia gak..hehheheheh
macam2 bahsa yg dia cakap..korea ader, german ader, kadang2 bahasa jepun boleh kuar...

Majlis buka puasa tu, just simple jer...ummi masak simple2 jer, sebab kekurangan kakitangan..seb baik ader mak, adik beradik & mak mentua yg dtg menolong..kalau x alamatnyer buka makan biskut jer lah...ialah...br ummi nk start masak...ader sorang tetamu x diundang dtg mengacau..tempat paling yg di minati farish ialah dapur...dia pun sama sebok jugak nk tolong ummi memsak kat dapur.

Hr tu sempat sediakan nasi Ayam Madu, Roti Jala, Bubur Kacang Hijau, kuih Muih, Kek, buah-buahan sahaja & air sirap Bandungg




gambar kat bawah nie lak....gmbr selepas majlis tu tamat....tu lah keje dia...menyepahkan satu umah ngan mainan dia....lamba gak dia tido malam tu....kalau org ramai kat umah...mmg payah dia nk tido awal...
Aper2 pun...Ucapan dr Ayah & Ummi....

"HAPPY BIRTHDAY...SAYANG....
KAMI BERDUA AMAT2 SAYANGKAN FARISH....
DAN KAMI BERBANGGA MEMPUNYAI ANAK YG BERNAMA
AHMAD FARISH IRSYAD..."



Related Posts with Thumbnails