JOM RAMAI2 FOLLOW....

Ads

Cerita keluarga kami....

My photo
kami sebuah keluarga yg bahagia sangat terutama dengan kehadiran Buah Hati kami yg kami tunggu selama ini.. Harapan Ayah & Ummi..moga Farish jadi anak yg berguna & berjaya di masa hadapan..& menjadi Anak yg Soleh..Insya Allah.

Thursday, January 27, 2011

Sapa yg berminat boleh lah tempah...CHEESE TART..Gerenti Sedap


Tuesday, January 25, 2011

Akhirnyer..terputus jua Fasha & jejai



KINI HANYA KENANGAN...Fasha dan Jejai ketika menjalin hubungan.

KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama mengambil sikap tunggu dan lihat, Rizal Ashram Ramli, 34, atau Jejai semalam mengesahkan hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu.

“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.

Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.

Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.

Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.

“Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis.

“Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya.

Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan.

“Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” katanya.

Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu.

Monday, January 24, 2011

Alhamdulillah..rumah kami selamat..cuma ayah tercedera


Hari jumaat mlm sabtu kol 11.40 mlm terima call dr mak kat kg
mak ckp ayah kena minyak panas..
terperanjat kami smua.
terfikir gak..camner ayah boleh kena minyak panas...
kebetulan adik no.3 duduk sekali ngan aku...
aper lagik...x tenang hati kami kat melaka
terus ajak balik kg...
masa mak call tu ayah dah gi klinik...adik ipar tolong hantarkan

kejadian tu terjadi masa tu...
ayah teringin nk makan ayam goreng crispy ayamas...
agaknyer dah tgh2 malam, lapar agaknyer...tu yg dia gi goreng sendiri
dia x suh mak gorengkan sbb mak dah tido...
kebetulan masa tu tinggal dorang ber3 jer kat umah
lps ayah dah goreng ayam...ayah terus jer gi bawak nasi & ayam goreng depan tv
tp dia terlupa nk tutup api dapur gas..
dah lama sgt dia mkn depan tv...br dia perasan ader api dah marak kat dapur...
maybe sbb kuali yg ader minyak tu dah terlalu panas..tu yg buat api dah penuh dalam kuali tu..
terus menyambar dinding
seb baik ayah cepat perasan...kalau x hbs melarat dapur terbakar
dalam keadaan panik tu, ayah terus panggil mak suh bukakkan pintu dapur..sbb ayah nk campakkan kuali yg penuh nga api tu kat ulang....dalam masa dia nk campakkan kuali tu...tak semena2 minyak tu tersimpah kat tangan ayah..tu yg sebelah tangan kanan terkena minyak panas
mlm tu..kol 12.00 tgh malam kami bergerak balik ke kg...kol 1.30pg sampai sana, terus bawak ayah gi hospital melaka...tujuan kitorg bawak gi hospital , sbb klinik arahkan suh hantar hospital..pastu kami bawak melaka sbb kalau ayah kena warded senang kami nk jaga..kat kg..x der sapa2 nk jaga dia nnt..
sampai hospital melaka kol 3pg..alhamdulilah..lps doktor check..dorang kata x der aper2,....alhamdulillah..ayah x der penyakit kencing manis...kalau x bahaya jugak...dan ayah masih boleh mengenggam lagik, jadi x der effect ngan urat sarafnyer.

Alhamdulilah rumah kami selamat walaupun ayah tercedera...

Doa dr anak2mu..moga ayah cepat sembuh....Amin


Friday, January 21, 2011

Petua Murahkan Rezeki dan Dijauhkan Kesulitan Hidup

Berdoalah. Memohon pada Allah s.w.t. agar dimurahkan rezeki kita dan jauhkan dari kesulitan hidup.

1. Setiap hari Jumaat (mulai maghrib hari Khamis sampai maghrib Jumaat)
2. Waktu hujan mula turun. (Jangan mengeluh, angkat tangan terus berdoa)
3. Setiap malam (1/3 malam. Maksudnya, di antara jam 3-5 pagi sembahyang tahjud, hajat, dan taubat)
4. Sebelum subuh (Sebelum azan, pastikan sudah bersedia ada atas tikar sembahyang. Istighfar dahulu)
5. Sebelum Maghrib (sama seperti subuh)
6. Dalam bulan puasa sebelum berbuka puasa .
7. Waktu sakit (jangan mengeluh. Masa inilah doa dimakbulkan sebab kifarah-kifarah dosa kita.

Insyaallah setiap doa itu ALLAH s.w.t. akan makbulkan. Cuma jangan putus asa.



Tuesday, January 4, 2011

Tahniah Diddy Hirdy di atas kurniaan Nadra Aryssa Jauza




Tahniah kepada Diddy & Allen Norazah diatas kelahiran cahayamata yang pertama
Nadra Aryssa Jauza bt. Syamsul Hirdy
pada 03/01/2011 pukul 9.50pg, 3.45kg
 
x sabar auntie maya & uncle pheewwit nk jumpa dia
Hirdy junior a.k.a farish dah dpt kawan baru
skrg dah x leh panggil hirdy junior, kenapa panggil hirdy senior
 
Insya Allah, kalau ader kelapangan, nnt kitorg g melawat
nk cubit2 pipi dia yg comel tu

Monday, January 3, 2011

The Best Korean Drama of 2010 - Mary Me, Mary @ Mary Stayed Out All Night

Lately nie sejak 2 menjak dah terjebak balik ngan dunia cita korea
Jadi aku pun mengupdate cita2 pasal cita nie & hero & heroin cita nie yg amatlah cute
Tahniah pada dorang ber2 yg menang dalam KBS Award Dramas..
aku x sempat tgk award nie....tp seb baik dalam terjah2 baca kat forum CARI

nie gmbr2 & video sepanjang award tu...sweet jer dorang ber2
kalau couple pun ok gak...
mmg sepadan
malam  tu JANG GEUN SUK punyer lah hensem & smart
Mary pun lawa & comei jer.....







Anugerah yg dorang menang malam tu

Excellence Award Actor (Daily/Weekend) = Lee Jong Hyuk (Marry Me,Chuno)

Excellence Award Actress (Daily/Weekend) = Kim Ji Young(Marry Me)

Popularity Award Actress = Moon Geun Young (Cinderella's Sister, Mary Stayed Out All Night)

Best Couple Award = Jang Geun Suk-Moon Geun Young (Mary Stayed Out All Night)

Netizen Award = Jang Geun Suk (Mary Stayed Out All Night)


[SUKBAR] 101231 KBS DRAMA AWARDS JANG KEUN SUK CUT [CHI_ENG]

Related Posts with Thumbnails