JOM RAMAI2 FOLLOW....

Ads

Cerita keluarga kami....

My photo
kami sebuah keluarga yg bahagia sangat terutama dengan kehadiran Buah Hati kami yg kami tunggu selama ini.. Harapan Ayah & Ummi..moga Farish jadi anak yg berguna & berjaya di masa hadapan..& menjadi Anak yg Soleh..Insya Allah.

Friday, October 29, 2010

SENARAI RESTORAN TERKENAL YG DISAHKAN HALAL & dITARIK BALIK SIJIL HALAL OLEH JAKIM

Sebarang kekeliruan terhadap note ini boleh rujuk di Halal.gov


Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas 

dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
  • 1) McDonald
  • 2) A&W
  • 3) Secret Recipe
Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
  • 1) Victoria Station
  • 2) Kam Lun Ta
  • 3) Lotus Family Restoran  

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM : 
  • 1) San Francisco Steakhouse
  • 2) Chicken Rice Shop
  • 3) Kiwi Express
Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .
Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies  dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIMkecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai  kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM  .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.   Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM,  maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiadapapan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.   Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.
7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS  ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

 8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King, maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

Respons wakil Burger King:  Respons wakil Burger King mengenai "SENARAI RESTORAN TERKENAL YG DISAHKAN HALAL & DITARIK BALIK SIJIL HALAL OLEH JAKIM"

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk  Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM  dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.

Maklumat ini mungkin mngandungi maklumat2 yg lama, so jgn la percaya 100%

better cek dulu di http://www.halal.gov.my/v2/

note ini sy harap dpt mmbuka mata n dapat mnimbulkan rasa ingin tahu tuan puan terhadap status halal mknn/minuman/restoran

yg x penah dpt status halal x bermksud xdapat lgi sekrang, mngkin sdh dpt, yg dh dpt ade yg ditarik balik dan ade yg terima balik, dan ada yg disebaliknya, wallahualam.

Jika hukum haram dan halal berkumpul dalam satu keadaan , dan ada dugaan kuat lebih banyak haramnya daripada halalnya, maka adalah ditegaskan bahawa saat ini adalah haram hukumnya secara syar’i. Kaedah fiqih menyebutkan :

  Idza ijtama’a al-halal wa al-haram ghalaba al-haramu


    “Jika halal dan haram bertemu, maka yang haram itu yang menang [lebih kuat].” (Imam As-Suyuthi, Al-Asybah wa An-Nazha`ir fi Al-Furu`, [Semarang : Maktabah Usaha Keluarga], hal. 74).


Sumber maklumat: Idrus Hashim





Monday, October 25, 2010

Percubaan Pertama...gigil satu badan


nie lah benda yg buat x lena nk tido malam
maya nie x der basic langsung nk deco2 nie
buat kek tu reti ler
tp bila bab buat icing..mmg x tahu satu aper pun
tu yg jadi mkn x kenyang..tido x lena..gara2 nk buat cupcake nie
mmg dah lama sgt berminat nk buat nie
nk gi kelas x der kesemptan..
lagipun kelas nk belajar nie mahal2...
tp mampu ai nk gi..
jadi belajar jer lah sendiri2
decolah mana yg reti jer,,,
mmg x cantik pun...
tp okey lah..percubaan kali pertama..
kena belajar buat selalu..Insya Allah..boleh improve lagik


nie cupcake yg belum di decorate


nielah icing yg 1st time buat..
Alhamdulillah..jadi gak


nie lah cupcake pertama yg di decorate kan..tanpa kelas...tanpa buku..tanpa pengalaman...main hentam jer


nie yg ke-2..khas utk farish



inilah hasilnyer yg x seberapa....
boleh lah utk mkn diri sendiri, my hubby & anak kesayanganku..farish

Wednesday, October 20, 2010

YEAHHHHHHH...ESOK MELAKA CUTI..KWN2 NEGERI LAIN JGN JELES...HEHHEH


YEBEDABEDU........
Melaka cuti....seronok rasa sdi hati

nie berita terkini yg diumumkan kat Utusan Online

Cuti umum sempena perisytiharan Melaka Maju 2010

20/10/2010 2:04pm

Melaka 20 Okt - Kerajaan negeri hari ini mengumumkan esok sebagai cuti umum sempena perisytiharan Melaka Maju 2010.
Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam hari ini. - Utusan


dalam fikiran nie mcm2 planning nk buat esok di antaranya:
1) nk masak2
2) nk window shoping ( sbb gaji lom masuk..heheheh)
3) tidooooo ( nie yg paling best)







Tuesday, October 19, 2010

Jom Masak-Masak2...nielah aktiviti hujung minggu 2 hr duduk rumah

Minggu nie x der aper nk buat kat umah....
jadi aper lagik nk hilangkan boring...
terus gi dapur...buatlah aktiviti lama yg ditinggalkan...
mainlah masak2 kat dapur....



Mee Goreng khas utk Farish
~MEE GORENG BEBOLA IKAN~



MENU KEDUA
Kek nie main bantai jer buat..tak tahu nama dia aper..
~KEK WARNA WARNI JE LER ~



MENU KETIGA
~KARI IKAN BAWAL~


MENU Ke4
~ KEK COKLAT TABURAN BADAM~
cewah..nama x hengat...hehehheh



MENU KE-5
~KUIH LAPIS~
ye kot nama dia cam tu

nie jer ler yg maya sempat buat utk 2 hr cuti hujung minggu lps...
rasa cam best lak, dah lama x main masak2 nie..hehhe
kalau sesiapa nk resepi nie..
tp x tahu lah maya buat nie best ker tak...
nnt maya buat entry siap ngan resepi sekali..
x sempat nk buat hari nie



Thursday, October 14, 2010

JOM AMALKAN ~ TIPS MELEMBUTKAN HATI ANAK2


Untuk amalan bagi Ibu bapa sila baca surah To Ha ayat 1 hingga 5 sebanyak 3x pada telinga anak semasa anak tidur. Lakukan 7 hari berturut-turut..Insya'Allah..anak akan lembut hati dan mendengar kata.

Monday, October 11, 2010

Al-Fatihah...pada mangsa kemalangan Jalan Raya Alor gajah ~ 10.10.10

Trajedi yg menyayat hari pd tarikh yg org ramai nak jadikan satu kenangan paling manis..10.10.10
Al-fatihah pd mangsa & salam takziah pd semua keluarga mangsa2 kemalangan in..
maya ader gak baca2 dr blog lain...nie di antara blog yg maya baca..














Wednesday, October 6, 2010

farish ambik kontrak korek tanah...sape nk mintak tolong..call ummi dia...

tgk gmbr nie...gempak tak...
anak bujang i..dah pandai nk main benda2 camnie lak
makin rabak & kopak lah poket ummi & ayah

niepun dia nk sgt, kebetulan hari raya hr tu.kitrog gi beraya umah kawan
kat umah dia ader lak benda nie....
aper lagik..balik jer beraya...asyik dok ckp
"ummi...nak bajak"
kebetulan kat area umah..tgh ader contruction...
tiap2 hari kalau lalu depan tuuu..
dia dah tahu dah nk tunjuk aper...
ummi....tu bajak....
tu yg menguatkan lagik dia nk benda alah nie
nak x nak..ayah & ummi gi lah cri benda nie
kami beli kat kedai mainan, area bandar melaka
2-3 kedai gak kami survey
seb baik ader 1 kedai tu, bg murah sikit
dptlah dlm harga RM70.00
kemain suker lah dia...
hr2 dok bawak benda nie
tp yg paling kelakar sekali...masa mula2 dia nk naik tu...
siap ckp ngan dia...farish kalau nk main, kena pakai topi tau
jd...bila dia main jer bajak nie...benda penting yg dia x lupa...mesti pakai topi nie..
ciri2 keselamatan tu....

posing tetap posing....hehheheheh..suker gmbr nie...sebab ader lak termasuk hero pujaanku kat tv tu...hhehehheh

mcm yer2 jer ..bajak tanah lah konon




suker sgt pakai topi sampai tutup mata...


Monday, October 4, 2010

Open House & Birthday party Farish

dah 1 week open house & birthday party nie maya buat...
tp br hari nie sempat nk buat entry
almaklumlah..bulan2 raya nie...mood makan kuih raya dah buat kita jadi malas nk buat entry

nie lah inviation card yg x seberapa...


goodies + duit raya utk bagi budak2 tecit yg dtg rumah....utk birthday party farish




 nie kali ke3 sambut birthday dia thn nie..birthday nie buat awal sikit sblm open house..
juz sambut ngan family & family mentua jer...
sbb kalau gabung ngan open house takut x terlayan & x sempat lak...jd kol 2.00ptg buat birthday farish dulu
kol3ptg - 10mlm br buat open hiuse..
tp x sempat nk ambik gmbr coz..terlampau bz melayan kengkawan yg ramai dtg hari tu

nielah dia birthday boy...


kek yg di sponsor oleh sister in law..

nie maya tepek sikit gmbr2 masa birthday farish...








nie ader lah sikit gmbr masa open house....nie pun cousin yg ambikkan...
makanan pun x sempat nk snap gmbr sebab..siap jer masak...
majlis dah nk start..
menu open house hr tu
a) Lemang 
b) rendang ayam cili padi
c) Kuah lodeh
d) Bihun goreng
e) kuih udang & rojak
f) Ketupat & kuah kacang
g)dan ader lah menu2 sampingan lain


mak mentua yg byk membantu


ayah & mak jugak di antara org kuat utk open house kali nie







tima kasih pada semua yg sudi dtg ke rumah kami....
Insya Allah..kalau ader rezeki..thn depan jemput lah dtg lagik


Related Posts with Thumbnails