JOM RAMAI2 FOLLOW....

Ads

Cerita keluarga kami....

My photo
kami sebuah keluarga yg bahagia sangat terutama dengan kehadiran Buah Hati kami yg kami tunggu selama ini.. Harapan Ayah & Ummi..moga Farish jadi anak yg berguna & berjaya di masa hadapan..& menjadi Anak yg Soleh..Insya Allah.

Wednesday, June 2, 2010

Jom tgk "Lagenda budak Setan"..



mesti ader gak di antara korang2 semua pernah baca novel nie kan?
 masih ingat lagi masa tue kalau tak silap masa sekolah menengah tp x ingat form berapa baca novel nie, penulis novel Budak Setan iaitu Ahadiat Akashah yang keluarkan novel “Lagenda Budak Setan”.masa time tu mmg berhantu baca semua novel Ahadiat akashah nie. Memang jiwang karat punya novel nie.Baca novel nie leh tangkap leleh...

Skrg nie kuar lak Filem "Lagenda Budak Setan"...
mesti best cam novel dia jugak....
x sabar nk tgk....harap2 x mengecewakanlah...

nie ader sikit sinopsis filem nie:

Dalam filem arahan Sharad Sharan ini, Farid tampil dengan rambut ‘dreadlock’ dan sering buat kacau di kolej bersama tiga rakannya – Sapi, Man dan Cin Cai.
Bagaimanapun, insiden tercekik cicak yang diletakkan Kasya dalam tin minuman Ayu, mengubah segalanya. Kasyah sedar kenakalannya itu boleh membunuh sedangkan hakikatnya sebelum ini ramai menjadi mengsanya. Kasyah sedia meminta maaf kepada mereka yang pernah menjadi mangsanya, sebagaimana syarat Ayu untuk memaafkannya.
 Cinta suci Kasyah dan Ayu tidak berpanjangan apabila mereka dipisahkan waktu kerana Kasyah menyiapkan kajian ijazahnya di pedalaman.
Kasyah hanya ditemani gambar Ayu dan diarinya, manakala Ayu mengubat rindunya dengan menatap album kenangan mereka berdua.
Kehadiran Emilia lakonan pendatang baru, Shiqin Kamal dalam hidup Kasyah selepas kehilangan Ayu, menambahkan dramatik kisah dipaparkan kerana Ayu dan Emilia orang sama, tetapi kini wajah berbeza selepas menjalani pembedahan plastik.
Bagaimanapun, Lisa yang sering digandingkan dengan Farid dalam filem seperti I’m Not Single dan Semerah Cinta Stilleto, hanya muncul pada awal filem, tetapi selepas banak pergaduhan besar dengan Azmi (Que Haidar), tiada lagi wajah manis Lisa sebaliknya Emilia hadir dalam hidup Kasyah.
Kebijaksanaan pengarah berjaya membuatkan penonton tidak menyangka mereka berduaorang sama malah Kasyah tidak dapat rasakan kehadiran kekasih hati yang sangat dicintai dan dirinduinya. Tidak ada satu trademark sikap Ayu pada Emilia yang mengingatkan penonton kepadanya, hanya melalui minyak wangi dipakai Emilia begitu juga lagu kesukaannya.Watak Emilia agak berat buat orang baru seperti Shiqin, tetapi lakonannya tidaklah mengecewakan,
LBS mengisahkan cinta suci Ayu dan Kasyah, tetapi Ayu memungkiri janjinya akan menanti kepulangan Kasyah apabila berkahwin dengan Azmi atasa desakan ibunya (Sheila Mambo).
Ternyata Ayu tidak bahagia kerana tiada lagi sayang kepada Azmi sebaliknya kebencian kerana Azmi pernah curang. Azmi juga cemburu dengan Ayu kerana hanya memiliki tubuhnya tetapi tidak hatinya. Selepas bergaduh besar dengan Azmi, Ayu terbabit dengan kemalangan. Apabila Kasyah tamat pengajina, dia diterima bekerja di syarikat pengiklanan Emilia.

23 comments:

Marsha~ said...

jomlah tgk jumaat ni nyaaaaahhh

mummy_ayu said...

nak tengok jugak....

LyNn HaMzAh said...

nak gak tengok...x sabar dah nie...

:: iManja :: said...

tak sabarnyer nk tgk!....mulalah terkenang zaman remaja dulu......

Me, Myself and I said...

akak ada beli novel dia ke? skrg mcm tk jumpa dah.. anyway.. sy pun nk g tgk gak jumaat ni.. eheheheh

maslinamansor said...

rasanya mesti best...

Norasikin said...

tak sengaja terminat lak kat lisa surihani apabila tertonton adam maya. Masa tu adam nak g kerja. Mak diaorg ada kat depan tgh sarapan. Adam kucup pala maya. Tak tahan tgok muka maya masa pura2 bahagia dpn mak dia. Jd cite kalau ada lisa surihani mesti tgok ni

♥etiey erywan♥ said...

iiii....thank singgh my link. dah follow... jom follow laks.. tak der shoutbox ker?

Sayang.Ibu said...

haiii.. salam singgah.... mmg rasa nk pi tengok laa citer nih... esok start kannn

ayah,ummi, farish said...

marsha...nyah..aku nk gi jumaat nie..dah janji ngan zura..pastu laki aku x bg..sbb dia nk tgk gak....

ayah,ummi, farish said...

mummy_ayu....jom tgk...kita tgk sambil nangis

ayah,ummi, farish said...

lynn...bila nk gi tgk tu????

ayah,ummi, farish said...

imanja: kan..teringat zaman sekolah2 dulu , sbb zaman tu suker tol baca novel dia nie

ayah,ummi, farish said...

me, myself & 1: x der..dulu rasaner pinjam jer novel nie..ader lagi ker jual buku nie skrg??kalau ader nk beli lah

ayah,ummi, farish said...

maslinamasnor: tu lah, ramai kata yg best..tu yg nk tgk sgt

ayah,ummi, farish said...

norasikin...Adamaya tu cita paling best buat masa nie kan.....rindu ngan amani sgt2

ayah,ummi, farish said...

sayang_ibu:a'ah..cita nie esok start

aiDieNa said...

Dulu mmg giller bacer novel Ahadiat Akashah nieh.. sumer citer dia best².. adakah setelah difilemkan juga best?? Kita tunggu dan lihat.. hurrmmm...

Kauthar said...

tak sabar nak tengok jumaat ni..hopefully tak mengecewakan lah :)

yatie sawanila said...

jln cerita dia best... mcm dalam buku dia gak kan? dulu selalu bc buku ahadiat akashah... now no more....

wish have time to watch it

ayah,ummi, farish said...

aidiena: harap2 okey lah cam novel jugak ekk

ayah,ummi, farish said...

kauhtar..akk pun nk tgk..tp sapa nk jaga farish

kisahremaja said...

Time kasih sebab guna poster dari KISAHREMAJA.COM

Related Posts with Thumbnails